Jumaat, 5 Disember 2008

HOTEL SIJIL HALAL MALAYSIA

Hanya 123 daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang telah membuat permohonan sijil Halal Malaysia daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, daripada 123 itu pula hanya 18 buah hotel sudah mendapatkan sijil Halal Malaysia itu."Kita sedang proses permohonan daripada 31 hotel."Jumlah ini bagaimanapun tidak termasuk hotel yang mendapatkan sijil halal daripada jabatan agama Islam negeri masing-masing,'' katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat semalam.Mashitah menjelaskan, jumlah permohonan yang terlalu kecil itu berpunca daripada langkah kerajaan tidak mewajibkan hotel mendapatkan sijil berkenaan."Persatuan empunya hotel dan operator hotel melihat tiada kepentingan bagi hotel-hotel lima bintang yang sudah diiktiraf antarabangsa untuk memohon sijil halal ini."Sijil yang kita berikan ini juga hanya untuk dapur dan sesetengah hotel berasa ia berat kerana perlu melibatkan pengubahsuaian dapur di hotel. Sumber: Kosmo

2 ulasan:

Gerrard berkata...

my opion.. actually memaksimumkan barang2 makanan halal ni adalah elok .. bukan pada orang islam sahaja malah ianya baik juga pada bangsa2 lain.. Makanan sihat, terjamin kualiti, bebas dari penyakit dan pelbagai lagi. Namun begitu sukar utk "memberus" minda2 peniaga yang mengejar keuntungan zaman ini .. semuanya duit.. duit perosak minda manusia..

Zorro berkata...

Hotel ni pun satu hal, tak sensitif langsung dengan budaya Malaysia. Moga umat islam akan lebih berhati-hati....

Berkunjung di www.informasimalaysia.blogspot.com