Memaparkan catatan dengan label Pengundi KLPutrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengundi KLPutrajaya. Papar semua catatan

Khamis, 4 Disember 2008

ARIFF SHAH OMAR SHAH MASUK PAKATAN RAKYAT?

PAS Pulau Pinang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dato' Ariff Shah Omar Shah benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat di negeri ini bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata sepatutnya Dato' Ariff Shah telah lama menyertai Pakatan Rakyat kerana beliau terkenal dengan sikap 'baik pekerti' di kalangan rakyat berbanding Adun Umno yang lain. Sumber: Harakah Daily.

PAS SIAP SEDIA 1,000 MAJLIS PENERANGAN

PAS Terengganu kini bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata PAS Terengganu akan menyediakan 1,000 majlis penerangan termasuk kempen ceramah, dialog dan sebagainya. "Kita (PAS) kini bersiap sedia pada bila-bila masa untuk menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan sebanyak 1,000 majlis penerangan akan diadakan dalam kawasan itu. Sumber: Harakah Daily