Khamis, 4 Disember 2008

ZAID IBRAHIM AIBKAN UMNO?

Pemecatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada UMNO merupakan satu pengajaran kepada ahli parti yang cuba melakukan perkara yang mengaibkan parti. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim berkata, setiap ahli parti termasuk pemimpin tertinggi perlu memahami perjuangan parti dan tidak bertindak melampaui batas. ''Ini adalah selaras dengan dasar parti iaitu seseorang yang tidak lagi membawa perjuangan parti dan melakukan perkara yang boleh mengaibkan parti perlu diambil tindakan. ''Sekiranya MT tidak mengambil tindakan maka ia tampak sebagai satu badan yang tidak berwibawa," katanya. Sumber: Utusan Malaysia

Tiada ulasan: